.
.
.
.
.
ILHAMPICTURES.com a.k.a IP.com adalah suatu nama baru di dalam bidang fotografi di selatan tanah air. Diilhamkan oleh sepasang suami isteri yang begitu minat di dalam bidang cahaya ini sejak dahulu lagi. Mulanya ia sebagai satu hobi dan akhirnya menjadikan bidang ini sebagai sumber rezeki.
Ditubuhkan pada pertengahan tahun 2008 dan didaftarkan di bawah S.S.M pada tanggal 10 Februari 2009 dengan nombor pendaftaran JM0533965-D serta menggunakan moto “ Capturing Life’s Memories ... “, IP.com mengkhususkan dalam bidang fotografi perkahwinan dan bidang-bidang yang lain secara amnya seperti majlis hari lahir, group photo, outdoor session, majlis keraian dan lain-lain majlis yang menginginkan khidmat fotografi.
Berbekal modal sendiri, IP.com mengatur langkah dengan memiliki pelbagai jenis aset bagi mengilhamkan hasil-hasil karyanya agar dapat memenuhi citarasa pelanggan pada masa kini. Bermula dengan sebuah komputer riba dan sebuah set digital kamera, IP.com terus bekerja dengan tekun bagi memuaskan hati pelanggannya. Dalam pada masa itu juga, IP.com turut menghadiri pelbagai kursus yang berkaitan dalam bidang ini bagi meningkatkan lagi ilmunya. Kini IP.com mempunyai tiga orang jurufoto dan seorang pereka grafik yang berkhidmat secara separuh masa.
Lokasi pengambaran bagi sesuatu majlis tidak terhad di sekitar Johor Bahru sahaja. IP.com juga menerima tempahan di luar Johor Bahru dengan mengenakan caj-caj tertentu bagi menjamin keselesaan kedua-dua pihak iaitu IP.com dan juga kepuasan hati pelanggan. Dengan harga yang anda berikan, kami akan mengilhamkan yang terbaik buat anda.
Sekian ...
.
Pengasas ilhampictures
